Shreya Ghoshal
Shreya Ghoshal

Shreya Ghoshal

Shreya Ghoshal (lahir 12 Mac 1984)[2] ialah penyanyi latar India.[3] Beliau telah menerima empat Anugerah Filem Kebangsaan, empat Anugerah Filem Negara Bahagian Kerala, dua Anugerah Filem Negara Bahagian Tamil Nadu, tujuh Anugerah Filmfare termasuk enam untuk Penyanyi Latar Wanita Terbaik dan 10 Anugerah Filmfare Selatan. Beliau telah merakamkan lagu untuk filem dan album muzik dalam pelbagai bahasa-bahasa India dan telah menubuhkan dirinya sendiri sebagai penyanyi latar terulung di pawagam India.Ghoshal bercita-cita menjadi penyanyi latar dari usia muda. Pada usia empat tahun, beliau mula belajar muzik. Pada usia enam tahun, beliau memulakan latihan formalnya dalam muzik klasik. Pada usia enam belas tahun, beliau diperhatikan oleh ibu pembikin filem Sanjay Leela Bhansali ketika beliau menyertai dan memenangi rancagan realiti nyanyian televisyen Sa Re Ga Ma Pa (dipanggil Sa Re Ga Ma pada masa itu). Selepas itu, beliau membuat penampilan Bollywood pertamanya dalam nyanyian latar menerusi drama romantik Bhansali Devdas (2002) yang mana beliau menerima Anugerah Filem Kebangsaan, Anugerah Filmfare untuk Penyanyi Latar Wanita Terbaik dan Anugerah RD Burman Filmfare untuk Bakat Muzik Baru.Selain sebagai penyanyi latar, Ghoshal muncul sebagai juri dalam beberapa rancangan realiti televisyen dan beliau juga muncul dalam video muzik. Beliau mengadakan konsert muzik di seluruh dunia. Beliau telah diberi penghormatan oleh Ohio, Amerika Syarikat, di mana Gabenor Ted Strickland mengisytiharkan 26 Jun 2010 sebagai "Hari Shreya Ghoshal". Pada April 2013, beliau mendapat penghormatan di London oleh ahli Dewan Rakyat United Kingdom yang terpilih. Beliau juga muncul sebanyai lima kali dalam senarai Forbes dari 100 selebriti terkenal dari India. Pada tahun 2017, Ghoshal menjadi penyanyi India pertama yang mempunyai patung lilinnya di Muzium Madame Tussauds.

Shreya Ghoshal

Pekerjaan Penyanyi latar, penerbit muzik
Pasangan Shiladitya Mukhopadhyaya (k. 2015)
Tahun aktif 1998–kini
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman T-Series
Warganegara India
Laman sesawang www.shreyaghoshal.com
Kelahiran (1984-03-12) 12 Mac 1984 (umur 36)
Murshidabad, Bengal Barat, India[1]
Genre
Pusat pendidikan Kolej Seni, Sains dan Perdagangan SIES

Rujukan

WikiPedia: Shreya Ghoshal http://www.imdb.com/name/nm1304975/ http://timesofindia.indiatimes.com/entertainment/m... http://www.news18.com/news/movies/happy-birthday-s... http://www.shreyaghoshal.com http://www.shreyaghoshal.com/Biography.aspx?id=$ http://www.timesofindia.com/entertainment/hindi/mu... http://www.last.fm/music/Shreya+Ghoshal/Banomali+r... http://www.last.fm/music/Shreya+Ghoshal/Bendhechhi... http://www.last.fm/music/Shreya+Ghoshal/Ekti+Katha http://www.last.fm/music/Shreya+Ghoshal/Krishna+Bi...